fbpx

Akad nikah di masjid, surau Selangor ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Pelaksanaan majlis akad nikah di masjid dan surau di seluruh Selangor ditangguhkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, perkara itu diputuskan pihaknya bagi mematuhi arahan pelaksanaan PKPB di negeri ini.

Katanya, bagaimanapun pelaksanaan majlis akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dibenarkan pihaknya.

“Namun, kita akan menetapkan kehadiran fizikal tidak melebihi tiga orang dan syarat berkaitan lain.

“Sebarang majlis itu akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan khas JAIS,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Shahzihan sebelum ini memaklumkan temujanji majlis akad nikah seramai 29 pasangan yang dijadualkan dilaksanakan PAID Klang ditangguhkan berkuatkuasa semalam.

Penangguhan itu melibatkan semua temujanji yang telah dibuat sebelum atau pada Rabu minggu lalu kepada pasangan pengantin dari Zon Klang dan Zon Kapar. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI