fbpx

Permintaan perlahan pengaruhi Marine & General

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Syarikat logistik marin, Marine & General Bhd. (Marine & General) menjangkakan aktiviti penerokaan dan penggerudian dalam sektor minyak dan gas hanya akan kembali meningkat menjelang suku kedua tahun hadapan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat,  meskipun banyak syarikat minyak telah meneruskan program penerokaan dan penggerudian pada tahun 2018, namun penurunan harga minyak baru-baru ini telah mengakibatkan sejumlah syarikat mengurangkan perbelanjaan modal mereka.

“Menjelang suku ketiga 2020, terdapat penurunan ketara dalam projek penerokaan dan penggerudian, seterusnya mengurangkan permintaan untuk kapal sokongan luar pesisir (OSV).

“Dengan kira-kira 40 peratus daripada armada OSV daripada bahagian huluan syarikat memfokuskan segmen ini, dijangkakan penggunaan kapal untuk bahagian ini merosot bagi tahun kewangan 2020/2021,” katanya bersempena  Mesyuarat Agung Tahunan Marine & General yang diadakan di sini semalam.

 

Berhubung prospek bahagian hiliran, syarikat berkata, permintaan bagi kapal tangki kimia dan produk petroleum bersih (CPP) akan bergantung kepada permintaan berterusan untuk produk petroleum. 

Menurutnya, impak ekonomi daripada Covid-19 akan memberi kesan yang signifikan terhadap permintaan keseluruhan menuju ke hadapan.

“Dalam pasaran ASEAN yang merupakan kawasan operasi utama kapal tangki bersaiz sederhana kami, permintaan pasaran yang lebih rendah boleh menyebabkan produk petroleum diperdagangkan dalam kargo yang lebih kecil.

“Ini sangat sesuai untuk kapal bersaiz sederhana syarikat dan mungkin akan menghasilkan permintaan yang lebih stabil untuk kapal tangki,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI