fbpx

Dakwaan pelajar sekolah positif Covid-19 tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

BATU PAHAT – Penduduk Tongkang Pechah di sini lega selepas khabar angin seorang murid Sekolah Kebangsaan Seri Binjai (SKSB) berisiko dijangkiti Covid-19 tidak berasas.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKSB, Md. Zaki Helmi Sanip berkata, keputusan ujian calitan Covid-19 terhadap murid berkenaan adalah disahkan negatif pagi ini.

“Ujian swab Covid-19 bagi murid SKSB dan ibunya yang juga kepada kontak rapat pesakit Covid-19 adalah negatif setelah saya dan guru besar SKSB mendapatkan kenyataan ini dengan menelefon Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) Batu Pahat pagi tadi.

“Mereka telah disahkan negatif Covid-19 pada ujian swab kali pertama ini. Maklumat ini adalah untuk menghilangkan rasa kebimbangan dikalangan ibu bapa atau penjaga dan pelajar untuk ke sekolah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, yang juga Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Seri Binjai dan YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, ekoran khabar angin itu kira-kira 2,000 murid dan pelajar ketiga-tiga sekolah itu tidak bersekolah sejak semalam hingga hari ini.

Katanya, bagaimanapun pihaknya menjangkakan sesi persekolahan akan diteruskan seperti biasa esok.

“Saya memohon supaya jangan dengar, tularkan atau kirimkan apa jua info yang diterima jika tidak pasti.

“Pastikan dahulu punca atau kesahihan sesuatu berita itu baru kongsi dan pastikan kita semua patuhi prosedur operasi standard ditetapkan KKM,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan hampir 90 peratus daripada 624 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Binjai, Tongkang Pechah di sini tidak hadir ke sekolah selepas tersebar khabar angin mengenai salah seorang murid di situ berisiko dijangkiti Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI