fbpx

Anak sulung cari arwah bapa, kerap menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan arwah Mohd. Rizal bersama isteri dan tiga anaknya yang berusia lima tahun hingga sembilan bulan.

JOHOR BAHRU – Anak sulung Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, yang meninggal dunia selepas dilanggar pemandu lalok di Taman Pelangi di sini kelmarin merindui belaian bapanya.

Kehilangan Mohd. Rizal dalam nahas itu memberi kesan mendalam kepada anak sulungnya, Nur Amani Raudah, 5, apabila kanak-kanak tersebut kerap memeluk baju bapanya sebelum tidur.

Perkara itu dimaklumkan oleh ibu saudara Mohd. Rizal, Nor Farhana Amir, 36, yang memberitahu, tiga anak mangsa mula mencari bapa mereka sejak malam kelmarin.

“Paling terkesan dengan kehilangan ini ialah anak sulungnya (Nur Amani).

“Dia kerap menangis dan cakap dia merindui bapanya, semasa tidur pun dia memeluk baju bapanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Rizal yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia maut selepas keretanya dilanggar Perodua Myvi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi.

Arwah Mohd. Rizal meninggalkan isteri, Nurul Asyiken Amir dan tiga anak berusia lima tahun hingga sembilan bulan.

Usaha Kosmo! untuk menemu bual isteri arwah gagal apabila dia belum bersedia untuk dihubungi kerana masih bersedih dengan pemergian suami tercinta.

Dalam pada itu, Nor Farhana memberitahu, mereka sekeluarga menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan terperinci agar pesalah kes itu dikenakan hukuman se­timpal atas kecuaian sehingga menyebabkan nyawa adik ipar­nya melayang.

“Nasib tiga anak dan isteri perlu­ dibela,” kata Nor Farhana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI