fbpx

Tetamu hari jadi dikompaun tak patuh SOP PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seramai 42 individu yang sedang meraikan sambutan hari jadi di sebuah inap desa di Batu Ferringhi di sini dikenakan kompaun selepas gagal mematuhi prosidur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) malam tadi.

Mereka terdiri 34 lelaki dan lapan wanita tempatan yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun itu diperiksa dalam Op Pemantauan dan Pematuhan SOP PKPP Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Dalam operasi tersebut, polis turut menemui peket dadah jenis ketamin seberat 1.40 gram di dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil pemeriksaan lanjut 17 daripada mereka mempunyai rekod dadah dan jenayah lampau.

“Hasil ujian air kencing juga mendapati empat penghuni inap desa berkenaan positif dadah methamphetamine iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

“Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga turut mengeluarkan kompaun ke atas pemilik rumah itu kerana menjalankan perniagaan homestay tanpa lesen,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembagan sama, pihak polis turut membuat tangkapan ke atas seorang pengusaha pusat hiburan yang beroperasi di dalam sebuah pasar raya di Jalan Dr Lim Chwee Leong.

Tangkapan dilakukan selepas didapati suspek menjalankan aktiviti terlarang dalam tempoh PKPP selain tiada lesen hiburan awam yang sah keluaran MBPP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI