fbpx

Yoga dengan kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOGA kambing pasangan di Amerika Syarikat yang menjadi tular.

SIAPA kata senaman yoga hanya boleh dilakukan bersama manusia? Sepasang suami isteri yang juga rakyat Malaysia membuktikan yoga juga boleh dilakukan bersama haiwan iaitu seekor kambing.

Aktiviti sihat pasangan yang menetap di Texas, Amerika Syarikat itu mendapat perhatian selepas si suami, Iqbal Fathi memuat naik beberapa foto mereka menerusi Twitternya baru-baru ini.

Aksinya memeluk seekor kambing sambil diangkat oleh isterinya menarik perhatian netizen.

COMEL. Yoga bersama kambing yang jadi aktiviti penduduk di Houston, AS.

Senaman bersama kambing merupakan antara aktiviti yang sering dilakukan penduduk di Houston.

Rata-rata pengguna Twitter terkejut dan kagum kerana senaman bersama haiwan peliharaan terutama kambing tidak pernah dilakukan di negara ini.

Ada yang mendapat idea untuk melakukan yoga bersama haiwan peliharaan masing-masing selepas ini.

Ciapan tersebut telah diulang kicau sebanyak 18,000 kali dan turut mendapat 6,000 tanda suka dalam Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI