fbpx

Wanita 104 kg sesak nafas atas bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa, diberikan rawatan kecemasan awal sebelum dibawa turun menggunakan pengusung melalui jalan berbukit dan curam sejauh kira-kira 244 meter.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga tempatan terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) selepas mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Besi, Sungai Besi-Alam Damai, Cheras di sini pagi tadi.

Komander Operasi Kanan JBPM Kuala Lumpur, Mohd. Fahmi Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 9.38 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Seramai 20 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras serta Bandar Tun Razak telah dikejarkan ke lokasi bagi memberikan bantuan.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang wanita warga tempatan berusia 23 tahun mengalami sesak nafas pada ketinggian 291 meter,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fahmi, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kemudiannya bertindak memberi rawatan awal untuk menstabilkan mangsa di atas puncak sebelum wanita berkenaan dibawa turun.

“Anggota bertugas menggunakan pengusung untuk menurunkan mangsa dengan berat anggaran 104 kilogram melalui perjalanan berbukit dan curam sejauh kira-kira 244 meter untuk ke kaki bukit.

“Mangsa berjaya dibawa turun ke kaki bukit pada pukul 12.52 petang dan seterusnya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut,” jelas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI