fbpx

Sandro mahu tutup saingan liga dengan kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANDRO mengingatkan rakan-rakan sepasukan agar tidak memandang rendah Felda United meskipun bereka berdepan masalah menjelang aksi Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam malam ini.

PEMAIN tengah Selangor, Sandro Da Silva melaungkan keyakinan pasukan itu sedia untuk me­lakar kemenangan menjelang aksi terakhir Liga Super menentang Felda United di Stadium UiTM Shah Alam malam ini.

Meskipun sedar Felda United berada dalam situasi tidak menentu berhubung konflik dalaman, namun pemain dari Brazil itu tidak mahu memandang rendah kemampuan pasukan tersebut.

“Kami yakin untuk tampilkan permainan yang menarik dalam misi memburu tiga mata. Saya tahu ia bukan tugas mudah walaupun mereka berdepan masalah yang mungkin memberi kesan terhadap aksi di atas padang.

“Kami perlu berikan aksi 100 peratus jika mahu catat keputusan yang dimahukan. Selangor bermain baik dalam dua perlawanan terakhir, jadi ia beri keyakinan kepada kami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sandro juga percaya perubahan sistem permainan yang dilakukan jurulatih sementara, Michael Feichtenbeiner mampu membantu Gergasi Merah itu menumbangkan Felda United.

Pada masa sama, bekas pemain Kedah itu enggan terlalu memikirkan mengenai peluang Selangor menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan teratas liga.

“Pertukaran jurulatih juga sedikit sebanyak mengubah permainan Selangor serta memberi peluang kepada pemain-pemain untuk menunjukkan kemam­puan masing-masing.

“Berhubung kedudukan empat teratas, kita tunggu dan lihat pada penghujung permainan. Bagaimanapun, memang hasrat kami adalah untuk tamatkan aksi liga pada kedudukan terbaik,” tambah Sandro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI