fbpx

Polis rampas lebih 100 kg ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah seberat lebih 100 kg yang disembunyikan dalam sebuah lori tangki berjaya dirampas polis Turki baru-baru ini. - ANADOLU

ANKARA – Polis Turki merampas sebanyak 100.5 kilogram ganja dalam satu operasi anti dadah di wilayah Gaziantep baru-baru ini, lapor agensi berita Anadolu.

Polis Turki dalam satu kenyataan berkata, dadah berkenaan ditemui dalam sebuah lori tangki ketika pihaknya menahan kenderaan tersebut di lebuh raya di Gaziantep.

“Polis menggunakan bantuan anjing pengesan dan menemui bahan terlarang itu yang disembunyikan dalam lori berkenaan.

“Seorang suspek turut berjaya ditahan dalam operasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI