fbpx

Pesawat TUDM terbang rendah mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat SU30MKM. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Eksesais PARADISE 7/20 mulai esok hingga 23 Oktober depan dengan melibatkan beberapa pangkalan udara di Semenanjung Malaysia.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, pesawat terlibat akan melakukan penerbangan rendah di beberapa kawasan sekitar ruang udara yang digazetkan sebagai lokasi eksesais.

“Antara pesawat TUDM yang akan terlibat dalam eksesais berkenaan itu ialah pesawat pejuang jenis F/A-18 D, Su-30 MKM dan Hawk 108/208 selain helikopter EC-725 AP.

“Selain itu, pesawat jenis pengangkut C-130H, A400M serta CN 235 turut terlibat dalam eksesais berkenaan,” katanya di sini semalam.

Pesawat F/A-18D Hornet. Gambar hiasan

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah sepanjang tempoh eksesais berkenaan.

“Latihan itu diadakan bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap terbaik khususnya dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI