fbpx

Pesara rugi RM480,000 angkara Love Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seorang wanita pesara kerajaan rugi lebih RM480,000 selepas diperdaya sindiket ‘Love Scam’ dalam kejadian di Gua Musang bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, mangsa yang merupakan ibu tunggal telah berkenalan dengan seorang lelaki yang menetap serta bekerja di dalam industri minyak dan gas di United Kingdom melalui Facebook pada bulan lepas.

Katanya, selepas berkenalan, lelaki itu memaklumkan dia akan menghantar wang perbelanjaaan sebanyak RM650,000 kepada wanita berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an telah dihubungi oleh seorang wanita kononnya bertugas di Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan bahawa lelaki itu telah memindahkan sejumlah wang ke BNM untuk diproses.

“Selain itu, mangsa juga diminta untuk membuat bayaran bagi mengelakkan wang tersebut dibekukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Ahmad Azizul, dalam tempoh kurang dua minggu, mangsa telah membuat beberapa transaksi pindahan wang berjumlah lebih RM480,000 ke satu akaun bank milik wanita tersebut yang menyamar sebagai pegawai BNM.

Katanya, bagaimanapun, mangsa yang disyaki telah ditipu tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI