fbpx

Lelaki maut jatuh tebing, polis jumpa rangka orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki didapati maut selepas terjatuh dari tebing di Kawasan Rekreasi Nasional Ngarai Glen ini. - GAMBAR HIASAN/NPS

COCONINO, ARIZONA – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tebing di Kawasan Rekreasi Nasional Ngarai Glen di daerah Coconino, negeri Arizona baru-baru ini, lapor laman berita The Mercury News.

Jurucakap Agensi Perkhidmatan Taman Negara (NPS) berkata, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Orlando Serrano-Arzola, 25, terjatuh dari tebing ketika ingin mengambil gambar di Empangan Ngarai Glen.

“Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada di tepi tebing berkenaan dan menghadap Sungai Colorado sebelum jatuh dari ketinggian 76 meter.

“Mangsa mengalami kecederaan parah serta didapati sudah tidak bernyawa ketika ditemui dan dalam masa sama pihak polis turut menemui beberapa tulang yang tiada kaitan dengan mangsa di dasar empangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut NPS lagi, tulang yang ditemui tersebut disahkan merupakan rangka manusia.

Sementara itu, pihak polis dan NPS sedang menjalankan siasatan berkaitan rangka berkenaan dan mereka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan kelak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI