fbpx

Infiniti Q50 2021 pikat peminat sedan mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUPA jentera ini tidak banyak bezanya berbanding model awal keluaran tahun 2014.

Infiniti Q50 merupakan satu daripada barisan jentera sedan mewah yang boleh dimiliki di negara ini.

Dengan tanda harga bermula RM226,267 sudah tentulah segmen pasarannya terdiri daripada mereka yang berpendapatan tinggi.

Bukti wujudnya permintaan ini dikuatkan lagi dengan kewujudan 20 infrastruktur Infiniti seperti pusat servis dan bilik pameran di seluruh negara.

Kehadirannya di pasaran tempatan juga sekali gus memberi saingan kepada jentera mewah lain seperti BMW 3 Series.

Bagi peminat jenama dari Jepun itu, pendedahan spesifikasi baharu bagi Q50 oleh Infiniti baru-baru ini tentu sekali menjadi berita gembira kepada mereka.

Untuk permulaan, terdapat empat varian Q50 ditawarkan kepada pengguna.

Empat varian ditawarkan tersebut adalah Pure, Luxe, Sensory dan Red Sport 400. Pengguna boleh memilih sama ada mahu mendapatkan model pacuan roda belakang (RWD) atau pacuan semua roda (AWD).

WARNA hitam mendominasi ruang dalaman bagi varian Sensory Infiniti Q50 2021.

Varian Pure, Luxe dan Sensory didatangkan dengan enjin berkembar V6 3.0 liter yang mampu menghamburkan kuasa 300hp.

Bagi Red Sport 400 pula, jentera berkenaan dilengkapi dengan enjin berkembar V6 3.0 liter dengan kuasa maksimum 400hp.

Kesemua enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan.

Sebagaimana yang diumumkan Infiniti, Sensory merupakan varian baharu bagi Infiniti Q50 2021 dengan trim ditawarkan bersifat lebih mewah berbanding Pure dan Luxe.

Fascia hadapan dan belakang dihasilkan menyerupai fascia Red Sport 400, yang mana ia ciri tersebut diterapkan juga menerusi penggunaan tempat duduk kulit.

Penggunaan warna hitam, termasuklah di bahagian trim kayu di bahagian dalam kenderaan tersebut juga menaikkan ciri eksklusif trim berkenaan.

Bagaimanapun, tiada apa yang boleh dikatakan lagi mengenai trim tersebut kerana Infiniti Q50 tidak banyak bezanya dari segi rupa sejak ia mula dilancarkan pada 2014.

Begitupun, ia tidak bermakna jentera berkenaan tidak kelihatan mewah. Bagi sebuah kereta yang tidak banyak bezanya daripada model terawal, ciri mewahnya masih lagi terserlah.

Bagi sistem bunyi pula, varian Sensory dilengkapi dengan sistem audio Bose 16 pembesar suara.

Cuma jika orang ramai mahukan sedan mewah dengan perubahan rupa yang drastik dan berbeza daripada model terdahulu, Q50 bukanlah jentera tersebut.

Trim Sensory juga tidak didatangkan dengan kuasa ekstra kerana orang ramai yang mahu memiliki Q50 berkuasa tinggi perlu membeli varian Red Sport 400.

Sebagaimana dimaklumkan Infiniti, beza antara tiga varian iaitu Pure, Luxe dan Sensory berbanding Red Sport 400 adalah 100hp.

VARIAN Sensory dan Red Sport 400 menggunakan rim bersaiz 19 inci.

Varian yang berbeza turut bermakna, harga ditawarkan juga adalah berlainan. Bermula dengan model Pure, ia ditawarkan pada harga AS$36,600 (RM152,091).

Luxe pula didatangkan pada harga AS$41,700 (RM173,284), Sensory AS$47,600 (RM197,801), manakala Red Sport 400 pula mempunyai tanda harga AS$55,750 (RM231,669).

Infiniti kali ini dilihat mendengari keluhan pemilik model terdahulu Q50 yang mahukan jentera itu dilengkapi dengan lebih banyak teknologi keselamatan.

Justeru, model 2021 Q50 didatangkan dengan teknologi-teknologi standard seperti Blind Spot Monitoring, Lane Departure Warning (LDW), sistem kamera 360 darjah, Rear Collision Warning, Intelligent Cruise Control dan lampu hadapan automatik.

Semua teknologi standard tersebut bagi semua varian itu sudah tentu memberi nilai tambah bagi Q50 yang sebelum ini dilihat agak terkebelakang berbanding pesaingnya daripada aspek keselamatan.

Q50 dilengkapi dengan sistem dual-display yang dilengkapi dua skrin, yang mana skrin lapan inci di bahagian atas mengawal fungsi infotainment dan navigasi, manakala skrin bawah tujuh inci lain-lain fungsi seperti suhu.

Infiniti Q50 2021 didatangkan dengan lapan varian warna iaitu Slate Grey (kelabu), Grand Blue (biru), Dynamic Sunstone Red (merah), Majestic White (putih), Graphite Shadow (kelabu), Black Obsidian (hitam), Pure White (putih) dan Midnight Black (hitam).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI