fbpx

Bazar Deepavali di Klang batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat keputusan untuk membatalkan penganjuran Bazar Deepavali pada tahun ini ekoran peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan di daerah ini.

Yang Dipertua (YDP), Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, penutupan bazar tersebut adalah salah satu langkah membendung penularan kes covid-19 yang melanda Klang pada ketika ini.

Menurutnya, bazar yang terlibat adalah yang beroperasi di Lorong Tingkat yang menjadi salah satu simbolik masyarakat India setiap kali menjelangnya sambutan Deepavali.

“Majoriti pengunjung adalah dalam kalangan penduduk tempatan, namun penduduk dari seluruh negeri turut mengambil kesempatan untuk mengunjungi bazar tersebut.

“Bazar itu sentiasa menjadi tarikan dan kunjungan semakin bertambah lebih-lebih lagi ketika Deepavali semakin hampir,” ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia termasuklah Klang khususnya pada ketika ini telah mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat di sini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI