fbpx

75 peratus tempahan hotel bajet dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR dan DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

KUALA LUMPUR – Sebanyak 75 peratus tempahan hotel bajet di seluruh negara dibatalkan berikutan peningkatan kes Covid-19 pada bulan ini.

Presiden Persatuan Hotel Bajet Malaysia, Emmy Suraya ­Hussein berkata, mereka telah kehilangan 75 peratus tempahan daripada pelanggan yang mahu mengadakan kursus-kursus di hotel-hotel bajet.

“Begitu juga dengan pihak persendirian seperti keluarga atau individu yang mahu me­lancong, ramai daripada mereka yang mula membatalkan tempahan bilik-bilik hotel kerana khuatir dengan pandemik ini.

“Ia merugikan pihak hotel kerana kita baharu sahaja mahu memasuki fasa pemulihan, namun terpaksa berhadapan de­ngan situasi ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kesan peningkatan kes Covid-19 yang mencatatkan jumlah tiga digit sejak lebih se­minggu lalu.

Mengulas lanjut, Emmy Suraya berkata, tempoh moratorium yang telah berakhir juga memainkan peranan dalam pembatalan tempahan hotel.

Sementara itu, di Melaka, kira-kira 30 hingga 40 peratus tempahan hotel di negeri itu yang dibuat menerusi online dibatalkan oleh pelancong domestik selepas kenaikan mendadak kes positif Covid-19.

Presiden Persatuan Hotel Bajet Malaysia (Mybha) Sektor Me­laka, Sazali Sabri berkata, sejak kerajaan membenarkan rentas negeri pada Jun lalu, sektor hotel bajet negeri ini menerima tempahan yang luar biasa dan sepatutnya penuh sehingga hujung bulan ini.

“Namun, sejak kes positif Co­vid-19 naik mendadak, ramai pelancong domestik memba­talkan tempahan pada hujung minggu ini yang dibuat menerusi Booking.com, Agoda dan Expedia,” katanya.

Jelasnya, sebahagian besar pelancong yang membuat tempahan tersebut adalah dari Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan.

“Semalam (kelmarin) di Klang, Selangor telah dilaksanakan Pe­rintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selepas merekodkan kes aktif sebanyak 79,” katanya.

Katanya, sektor hotel bajet negeri itu masih bergelut untuk menggaji semula pekerja yang dihentikan sementara berikutan mengalami aliran kewangan yang buruk selain berharap tempoh moratorium dilanjutkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI