fbpx

Burung grosbeak dua jantina ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARRISBURG, Pennsylvania – Burung grosbeak jenis rose-breasted lazimnya boleh dibezakan jantan atau betina mengikut warna pelepah pada badannya.

Berbeza pula keadaannya di Kawasan Hutan Simpan Powdermill di sini. Sekumpulan penyelidik menemui seekor burung spesies sama tetapi memiliki gabungan warna kedua-dua jantina, lapor Daily Mail.

Burung jantan grosbeak lazimnya mempunyai bulu pelepah sayap berwarna hitam, warna merah jambu bawah pelepah dan tompok pada bahagian dada.

Burung betina pula bersayap coklat dengan bawah pelepah berwarna kuning. Tiada corak pada bahagian dada.

Menariknya, burung grosbeak yang ditemui di Powdermill seperti terbahagi dua iaitu merah jambu pada sayap kanan dan kuning di bahagian kiri.

Keadaan ini dipanggil bilateral gynandromorphism, bermaksud burung ini adalah jantan dan betina dengan memiliki satu ovari serta satu testis.

Fenomena ini berlaku apabila dua sperma memasuki satu telur yang mempunyai dua nuklei, membawa kepada pembentukan kromosom daripada jantina berbeza.

Kurang daripada 10 burung dengan keadaan sama pernah ditemui manusia sepanjang tempoh 64 tahun lalu.

Pengurus Program Burung di Pusat Penyelidikan Burung Powdermill, Annie Lindsay berkata, burung unik itu dijumpai pada 24 September lalu.

Dia membawa pulang burung berkenaan untuk membuat ukuran, mengambil sampel bulu pelepah dan membuat rakaman video TikTok sebelum melepaskannya semula ke habitat asal burung itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI