fbpx

Bintang K-pop fokus pasaran antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLACK PINK

Sebelum bintang popular seperti BTS, Blackpink dan SuperM muncul dalam industri nyanyian, kebanyakan bintang Korea Selatan lebih memberi fokus kepada pasaran tempatan berbanding antarabangsa.

Berbeza kini, ramai artis popular negara terbabit memilih untuk memberi fokus terhadap pasaran muzik antarabangsa terutama Amerika Syarikat.

Hal ini dapat dilihat apabila mereka memilih untuk melancarkan lagu baharu secara atas talian pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan berbanding sebelum ini pukul 6 petang.

Pukul 1 tengah hari dilihat bersesuaian dengan pasaran antarabangsa.

 

BTS

 

 

Bahkan mereka juga memilih untuk muncul di rancangan televisyen antarabangsa bagi mempromosikan lagu baharu berbanding mengutamakan program tempatan.

Biarpun tindakan tersebut seakan membelakangkan peminat tanah kelahiran, tetapi itu bukan penghalang untuk peminat terus menyokong artis kesayangan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI