fbpx

Wasiyyah Shoppe intai peluang perluas perkhidmatan ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Wasiyyah Shoppe Bhd. (Wasiyyah Shoppe) bercadang untuk mewujudkan platform pe­rancangan harta secara syariah peringkat global pertama di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, syarikat sudah mula mengkaji secara serius potensi mengembangkan perkhidmatan itu bagi membolehkan umat Islam di seluruh dunia dapat mendapat manfaat daripadanya.

Menurut beliau, syarikat berkeyakinan untuk merea­lisasikan perancangan tersebut kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada pasaran antarabangsa untuk per­khidmatan perancangan harta secara syariah terutamanya dari negara komanwel.

“Usaha perancangan harta­ ini sudahpun dibuat oleh ­organisasi antarabangsa yang berpusat di United Kingdom dan Amerika Syarikat, namun kesemua asas perkhidmatan mereka bersifat konvensional,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

 

Ariffin menjelaskan, melalui­ pelantikan Datuk Dr. Afifi ­al-A­kiti sebagai penasihat ­syarikat berkuatkuasa 1 April lalu, beliau akan membantu syarikat mencapai aspirasi berkenaan.

Jelas beliau, memandangkan Afifi memiliki hubungan rangkaian antarabangsa yang baik serta berpengalaman dalam bidang tersebut, maka pihaknya berkeyakinan ia bakal menyumbang kepada syarikat.

Afifi yang juga dikenali sebagai Sheikh Afifi pernah mencipta sejarah pada tahun 2008 menjadi ulama Melayu pertama yang dilantik mengajar di universiti termasyhur di dunia sebagai Felo Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford.

Semenjak tahun 2010 beliau diiktiraf di antara 500 orang Islam yang paling berpengaruh di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI