fbpx

PKPB di Klang, Sandakan, Papar dan Tuaran mulai Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bandar Klang turut dikenakan PKPB bermula 9 Oktober ini. - Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di empat kawasan zon merah termasuk di Klang, Selangor selain di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah selama 14 hari berkuat kuasa Jumaat ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPB ini adalah bagi membendung penularan Covid-19 di empat kawasan berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilakukan dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Beliau berkata, pergerakan keluar dan masuk di kawasan tersebut adalah tidak dibenarkan dan hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang yang berkaitan dengan rantaian perlu adalah dibenarkan.

“Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan menyenaraikan jenis-jenis perkhidmatan perlu atau perniagaan lain yang terbabit dalam kawasan tersebut,” katanya pada sidang akhbar menerusi laman Facebook Kementerian Pertahanan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI