fbpx

Melaka United akan segera lengkapkan lesen kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSOFF meminta peminat tanah air agar percaya dengan ‘acuan’ pengendali baharu, Kim Pan-gon untuk mermatabatkan Harimau Malaya.

PASUKAN Melaka United bertekad melengkapkan segera dokumen berkaitan lesen bola sepak kebangsaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar tidak ketinggalan untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) tahun depan.

Timbalan Presidennya, Datuk Yusoff Mahadi berkata, pihaknya dalam usaha untuk melengkapkan dokumen yang ditetapkan oleh FAM, namun mereka berdepan masalah dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tegas Yusoff, Melaka United perlu melengkapkan dua kriteria tersebut dan jika berjaya, mereka tiada masalah untuk mendapatkan lesen kebangsaan.

“Melaka United sedang berurusan dengan kedua-dua organisasi terbabit berhubung pembayaran berjadual. Dokumen kami sudah lengkap, cuma mahu dapatkan surat pengesahan daripada LHDN dan KWSP sahaja.

“Kami komited untuk melengkapkan segala permohonan bagi mendapatkan lesen. Hasrat kami ingin bermain dan tidak mahu ketinggalan pada musim akan datang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kelmarin, FAM menegaskan Melaka United antara tujuh pasukan yang lulus bersyarat dalam lesen bola sepak kebangsaan sekali gus kesemuanya dibenarkan bermain dalam Liga M musim depan tetapi perlu mengemukakan serta melengkapkan beberapa dokumen.

Bagaimanapun, ketujuh-tujuh pasukan berkenaan diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menyerahkan dokumen dan jika gagal, lesen mereka akan ditarik balik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI