fbpx

Agihan pendapatan AHB 2.40 sen seunit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn. Bhd. (MAM) mengumumkan agihan pendapatan kedua dan terakhir Amanah Hartanah ­Bumiputera (AHB) sebanyak 2.40 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2020.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Mahmud Fauzi Muda berkata, pengagihan pendapatan untuk tempoh enam bulan bermula 1 April hingga 30 September lalu itu terdiri daripada agihan pendapatan sebanyak 2.25 sen seunit.

Menurutnya, agihan bonus pula sebanyak 0.15 sen seunit.

“Tempoh enam bulan kedua yang berakhir pada 30 September 2020 ini adalah masa yang sangat mencabar bagi kami di­sebabkan oleh pandemik Co­vid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walaupun begitu, kami berpendapat bahawa jumlah 2.40 sen per unit atau dasar tahunan kurang dari lima peratus itu masih merupakan pulangan yang kompetitif, ” katanya dalam ken­yataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Mahmud Fauzi menjelaskan, semasa tempoh ini, PHB telah memperuntukkan lebih kurang RM32 juta untuk Program Bantuan Sewa (Rent Relief Program) yang mana ia bertujuan untuk membantu penyewa yang terjejas akibat PKP.

Bantuan dalam bentuk pengecualian bayaran sewa dan penangguhan diberikan kepada penyewa yang beroperasi di semua bangunan milik PHB.

Terdahulu pada April lalu, PHB dan MAM telah mengumumkan agihan pendapatan interim AHB sebanyak 2.30 sen seunit dengan agihan bonus 0.30 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2020.

Ini menjadikan jumlah agihan pendapatan kepada lima sen se­unit, atau jumlah agihan seba­nyak RM188.05 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 30 September lalu.

Agihan pendapatan akhir AHB adalah dikecualikan cukai dan telah dizakatkan dan ia akan akan dikreditkan terus ke akaun bank pemegang unit pada 15 Oktober 2020.

Bagi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula, ia akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 KWSP.

AHB adalah sebuah dana unit amanah patuh syariah yang disokong hartanah.

Pelaburan permulaan minimumnya bagi pelabur individu adalah RM100.

Dana ini direka untuk pelabur yang mencari platform untuk menjana pendapatan tetap dan potensi pulangan konsisten ­serupa dengan peluang simpanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI