fbpx

489 kes positif, dua kluster dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
489 kes dicatatkan hari ini.

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini merekodkan 489 kes dengan membabitkan 487 kes penularan tempatan dan dua kes import menjadikan jumlah kes positif sebanyak 13,993.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 282 kes direkodkan di Sabah dengan sebahagian besar daripada zon-zon merah manakala 153 kes di Kedah yang kebanyakannya daripada Kluster Tembok.

“28.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes hari ini adalah daripada Kluster Tembok di Penjara Alor Setar dan Pokok Sena, Kedah.

“Angka kes harian hari ini juga disumbangkan daripada dua kluster baharu iaitu Kluster Penjara Reman di Pulau Pinang dengan enam kes dan Kluster Bah Puchong di Perak (dua kes),” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI