fbpx

2 pegawai polis ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya masih belum mendapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan.

“Kita masih menunggu sama ada dua pegawai itu ditahan atas kes cuci duit atau kes lain.

“Saya tidak boleh ulas kerana siasatan dijalankan SPRM,”katanya pada sidang akhbar di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Acryl memberitahu pihak polis juga menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan sesetengah pihak di media sosial berhubung pembabitan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.

“Kita tunggu hasil laporan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI