fbpx

Tarik lesen jika tiada pensijilan MSPO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pekebun kecil sawit persendirian yang gagal dan ingkar mendapatkan pensijilan Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) boleh dikenakan tindakan tegas dengan menarik le­sen menjual buah kelapa sawit.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Ahmad Parveez Ghulam berkata, ini pilihan terakhir bagi mereka apabila gagal berbuat demikian sehingga tiba tarikh akhir 1 Januari 2022.

Sehubungan itu, beliau menggesa pekebun kecil ­menghubungi MPOB untuk mendaftar bagi mendapatkan pensijilan berkenaan.

 

 

“Kami bimbang jika mereka lewat mendaftar maka ia akan memberi kesan kepada pekebun kecil untuk memperbaharui lesen.

“Selain itu, tanpa MSPO, mereka juga akan mendapat pendapatan yang rendah ketika menjual hasil masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis makan tengahari bersama media di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah, Dr. Ramle Mohsin.

Selain itu, Ramle menerangkan, tarikh perlaksanaan mandatori pensijilan MSPO bagi pekebun kecil adalah pada 1 Julai lalu dan sekiranya pekebun kecil masih gagal berbuat demikian bermula 1 Januari tahun depan, maka mereka akan dikenakan kompaun.

Tambah beliau, MPOB akan membantu pekebun kecil untuk urusan pendaftaran tersebut serta membolehkan mereka menjalani laihan dan bimbingan.

Jelasnya, segala kos tersebut akan ditanggung oleh kerajaan.

Bagi meningkatkan keseda­ran dalam kalangan pekebun sawit, pihaknya terus menghantar notis peringatan kepada mereka untuk mendaftar terlebih dahulu.