fbpx

Raikkonen, Schumacher bakal bergandingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIKKONEN (kiri) dan Schumacher bermungkinan besar digandingkan dalam pasukan Alfa Romeo pada saingan F1 musim depan.

NURBURGRING – Prinsipal Alfa Romeo, Fred Vasseur memberi ba­yangan barisan pemandu pa­su­kannya dalam saingan Formu­la Satu (F1) musim depan kemungkinan gandingan antara Kimi Raikkonen dan Mick Schumacher.

Raikkonen, 41, merupakan pemandu paling berpengalaman dalam saingan musim ini dan te­lah melengkapkan sejumlah 322 perlumbaan termasuk di Sochi, Rusia minggu lalu sekali gus me­nyamai rekod sepanjang zaman milik Rubens Barrichello.

Bagaimanapun, pelumba dari Finland dan rakan sepasukan­nya, Antonio Giovinvazzi tersekat di kedudukan ke-16 dan 17 dalam carta pelumba F1 dengan masing-masing meraih dua mata selepas mengharungi musim sukar.

Susulan kempen F1 semakin sukar, ia dilihat sebagai faktor untuk Raikkonen mengumumkan persaraan pada penghunjung musim 2020 dan Alfa kemungkinan mencari pemandu yang tiada pasukan seperti Sergio Perez atau Nico Hulkenberg.

Namun, Lawrence Barretto daripada laman web rasmi Formula1.com berpendapat sebaliknya dengan memberitahu, sumber dalaman memaklumkan bahawa Raikkonen dijangka kekal untuk semusim lagi dan Alfa Romeo sedar mengenai perkara tersebut.

“Semakin pasti bahawa pe­man­du berasal dari Finland yang akan menjengah usia 42 tahun bakal menjadi pelumba Alfa Romeo musim 2021,” tulis Barretto.

Sementara itu, Vasseur mengakui berdasarkan pretasi pasukannya ketika ini dilihat sangat sukar untuk mempengaruhi Raikkonen untuk kekal bersama Alfa Romeo sehingga 2021, tetapi ia tidak mustahil.

“Kami ada berbincang bersa­ma mengenai situasi semasa pasukan. Ia bukan situasi yang terbaik hari ini kerana kami berada di kedudukan belakang, namun saya fikir motivasi itu bukan mengenai keputusan satu perlumbaan sahaja.

“Kami akan berbincang lagi nanti untuk mengetahui apa yang Raikkonen mahu dan apa yang kami patut lakukan. Kami akan cari solusi,” kata Vasseur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI