fbpx

PM jangka kes Covid-19 terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan peningkatan kes Covid-19 di negara dalam masa terdekat susulan saringan agresif yang dilaksanakan ketika ini.

Menurutnya, ia berikutan saringan besar-besaran yang dilakukan Kementerian Kesihatan di penjara dan pusat tahanan terlibat.

“Sejak beberapa minggu yang lalu, kes-kes positif dalam kalangan tahanan di penjara menyumbang kepada sebahagian besar peningkatan jumlah pesakit Covid-19 di negara kita.

“Sebagai ketua kerajaan, saya memantau secara dekat perkembangan kes-kes Covid-19 dan akan membuat keputusan- keputusan penting untuk membendung virus ini daripada terus menular dalam masyarakat kita,” katanya menerusi sidang akhbar khas di sini tadi.

Dalam pada itu, beliau turut meminta rakyat agar bersama-sama dalam mengharungi keadaan yang sukar pada masa ini.

“Saya harap saudara dan saudari tidak mudah panik atau membuat kesimpulan sendiri berhubung situasi yang sedang dihadapi oleh kita semua.

“Elakkan penyebaran berita-berita palsu yang boleh menyebabkan kita keliru,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI