fbpx

IKEA Asia Tenggara catat jualan RM2.9 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sembilan gedung IKEA di Singapura, Malaysia dan Thailand telah mencatatkan jualan sebanyak RM 2.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2020.

Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara & Mexico, Christian Rojkjaer berkata, ia merupakan penurunan 7.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, dalam suasana krisis Covid-19 yang mencabar.

“Krisis mempercepatkan lagi transformasi digital syarikat susulan peningkatan keperluan yang mendadak terhadap kelengkapan rumah dalam tempoh sekatan pergerakan.

“Menjelang akhir tahun kewangan ini, pelanggan kami telah membuat lebih 52,500 pesanan secara online serta men­yumbang kepada jualan sebanyak RM412 juta, lebih dua kali ganda perolehan e-dagang syarikat berbanding tahun sebelumnya.

“Dalam tempoh lapan minggu yang paling sibuk, pelanggan di Asia Tenggara telah membeli le­bih 212,000 meja dan 64,000 kerusi pejabat IKEA,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain itu Rojkjaer berkata, pandemik telah mengubah perspektif masyarakat terhadap kehidupan di rumah.

“Orang ramai kini beralih kepada IKEA untuk mewujudkan pejabat rumah, sudut belajar, kawasan aktiviti luar rumah dan dapur moden yang berfungsi.

“Ramai menyedari betapa pentingnya kediaman dan merasakan berbaloi untuk me­labur bagi menjadikan kediaman mereka selesa, berfungsi dan indah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI