fbpx

‘Doakan agar keputusan swab test nanti negatif’ – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pengumuman pembatalan sidang akhbar Ismail Sabri yang sepatutnya berlangsung 2 petang tadi.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – “Saya tidak mahu sidang akhbar saya itu boleh membahayakan para media.

Itu penjelasan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mengulas pembatalan sidang akhbar mengenai perkembangan Covid-19 petang tadi.

Ismail Sabri menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, ramai yang mempersoalkan kenapa tiba-tiba beliau membatalkan sidang akhbarnya petang tadi.

“Sebenarnya pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk membincangkan tindakan seterusnya untuk mengawal penularan Covid-19 seperti memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di zon Kota Kinabalu termasuk Penampang dan Putatan.

“Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama didapati positif Covid-19,” katanya.

Katanya, beliau membuat keputusan segera untuk membuat ujian calitan dan pulang ke rumah untuk kuarantin kendiri.

Ismail Sabri berkata, beliau berharap agar keputusan ujian calitan itu negatif.

Menteri Pertahanan itu adalah antara individu penting yang kerap tampil di kaca televisyen dan media selain Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah khususnya bagi memaklumkan perkembangan terkini wabak Covid-19 kepada rakyat di negara ini.

Petang tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan beliau sah positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan di hospital. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI