fbpx

PM kuarantin kendiri 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri memaklumkan beliau akan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediamannya mengikut nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan selepas dipercayai menjadi kontak rapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang disahkan positif Covid-19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, beliau telah melakukan tiga ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 September dan didapati negatif.

Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, saya juga melakukan ujian saringan pengesanan Covid-19 setiap dua minggu sejak bulan April dan kesemua ujian pengesanan itu telah disahkan negatif.

” Hal ini bagaimanapun tidak akan mengganggu urusan kerajaan.

“Saya akan terus bekerja dari rumah dan menggunakan sidang video bagi mesyuarat yang perlu saya pengerusikan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI