fbpx
BEN 10

Pengubat rindu peminat Ben 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“MENYERONOKKAN dan mengujakan,” itu pengakuan jujur Will Patrick selaku Penerbit Penyelaras filem televisyen, Ben 10 vs. The Universe: The Movie.

Tambah Patrick, bukan mudah untuk merealisasikan animasi popular yang sudah mempunyai pengikut tersendiri terutama dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia.
Ben 10 vs. The Universe: The Movie merupakan filem televisyen kelima francais Ben 10 selepas Secret of the Omnitrix (2007), Race Against Time (2007), Alien Swarm (2009) dan Destroy All Aliens (2012).

SELAKU pembikin, Patrick mengakui agak sukar buat pasukannya menghasilkan kelainan terhadap sesebuah karya yang sudah mempunyai pengikut tersendiri dalam kalangan kanak-kanak.

Sekuel terbaharu karya berkenaan bakal menemui penonton menerusi Cartoon Network (saluran 615 dan 635) pada 10 Oktober nanti.

“Sudah tentu ada cabaran dan rintangan sendiri sebelum filem ini dapat ditonton oleh orang ramai terutama penonton di Malaysia pada 10 Oktober nanti.

“Ini merupakan projek filem dan semestinya sedikit berbeza berbanding versi kartun yang berepisod.

“Bagaimanapun, bekerja dengan seluruh produksi terutama penulis skrip memang memuaskan walaupun ada kesulitan yang dihadapi,” kata Patrick kepada HibGlam dalam satu temu bual secara maya baru-baru ini.

WATAK Ben 10 (tengah) merupakan hero animasi yang sangat berpengaruh di jiwa kanak-kanak seluruh dunia.

Meneruskan perbualan, kata Patrick peminat di Malaysia boleh menjangkakan banyak pembaharuan dari segi naratif dan perkembangan karakter dalam Ben 10 vs. The Universe: The Movie.

Baharu

“Banyak perkara menarik yang akan berlaku versi filem paling terbaharu dalam galaksi Ben 10 kali ini.

“Ada beberapa makhluk asing ‘baharu’. Para peminat perlu tunggu dan tonton pada 10 Oktober untuk mengetahui lanjut tentang itu. Saya tidak boleh kongsi banyak sekarang (tertawa),” kata Patrick yang berasal dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat itu.

Berkecimpung dalam dunia animasi sejak 2015, Patrick berkata, perjalanannya dalam dunia industri kreatif sangat menarik.

“Saya suka menulis papan cerita (storyboard). Dari situ kerjaya saya mula berkembang menjadi pengarah dan penerbit.

“Saya suka buat cerita untuk golongan kanak-kanak. Saya rasa bahagia melahirkan lelucon yang menggeletek jiwa penonton,” katanya.

Kali ini, penceritaan memberi fokus terhadap peristiwa letupan dari masa lalu sehingga memaksa Ben untuk kembali melakukan dua kali ganda kerosakan terhadap pasukan Tennyson dan planet Bumi.

Tayangan Ben 10 vs. The Universe: The Movie dijadualkan pada Sabtu, 10 Oktober pukul 10 pagi secara serentak menerusi Cartoon Network, HBO, Boomerang, Warner TV dan HBO GO.

Situasi tersebut juga memaksa Ben menjelajah dari bintang ke bintang.

Sementara itu, Gwen dan Grandpa Max pula bekerjasama untuk melindungi dunia ketika ketiadaan Ben.

Malangnya, hero kanak-kanak lelaki kesayangan ramai itu berdepan dugaan apabila didakwa sebagai penjahat di ruang angkasa.

Ben mesti mencari jalan untuk kembali ke Bumi bagi menjernihkan keadaan.

Selain ditayangkan menerusi saluran Cartoon Network, Ben 10 vs. The Universe: The Movie juga disiarkan saluran-saluran WarnerMedia yang lain seperti HBO, Boomerang, Warner TV dan HBO GO.

POPULAR