fbpx

Dua lagi sekolah di Terengganu diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis penutupan SMK Kompleks Seberang Takir selepas seorang pelajarnya disahkan Covid-19 hari ini.

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir telah diarahkan tutup mulai hari ini berikutan penularan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, penutupan dua sekolah yang terletak di daerah Kuala Nerus setelah murid dan pelajar di sekolah masing-masing disahkan positif Covid-19.

“Murid dan pelajar yang positif itu merupakan kontak rapat kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang telah disahkan dijangkiti Covid-19 semalam.

“Kesemua kontak rapat kanak-kanak dan remaja tersebut juga telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Alias berkata, sebahagian guru dan murid di SK Kompleks Seberang Takir dan SMK Kompleks Seberang Takir tersebut telah diarahkan Jabatan Kesihatan Terengganu untuk menjalani kuarantin wajib di Institut Pendidikan Guru Dato Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Nerus.

Kosmo! Online semalam melaporkan kampus UniSZA telah ditutup selama tiga hari sehingga esok selepas seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Selain itu SK Padang Kemunting, Kuala Nerus dan sebuah taman bimbingan kanak-kanak di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun turut diarahkan tutup selepas dikhuatiri turut tercemar dengan pandemik Covid-19 pada minggu lalu. – K! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI