fbpx

Cadangan penggabungan UEM Sunrise, Eco World

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – UEM Group Bhd. (UEM Group) mencadangkan penggabungan anak syarikatnya, UEM Sunrise Bhd. (UEM Sunrise) dengan Eco World De­velopment Group Bhd. (Eco World) bagi membentuk syarikat hartanah terbesar di negara ini.

Sekiranya cadangan itu berjaya direalisasikan, ia bakal mewujudkan syarikat dengan unjuran nilai pembangunan kasar berjumlah RM173.2 bi­lion serta memiliki bank tanah seluas lebih 17,000 ekar (6,879 hektar) di negara ini.

Menurut UEM Group, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd. dalam kenya­taan yang dikeluarkan di sini semalam, pihaknya telah menghantar surat kepada lembaga pengarah kedua-dua syarikat terlibat pada petang Jumaat lalu berhubung cadangan tersebut.

 

“Berlatarbelakangkan eko­no­­mi perlahan ditambah de­ngan pandemik Covid-19, terdapat keperluan mendesak bagi pemaju hartanah tempatan memperkukuhkan perniagaan dengan menggabungkan sumber dan keupayaan untuk prestasi jangka panjang yang lebih mampan.

“UEM Group dengan pemilikan 66.1 peratus pada UEM Sunrise telah meneroka potensi penggabungan dengan pemaju hartanah lain, namun percaya gabungan bersama Eco World memberikan merit yang lebih baik,” katanya.

 

 

Menurut kenyataan tersebut, sekiranya semua pihak bersetuju dengan cadangan penggabungan, ia membawa kepada syarikat UEM Sunrise baharu yang lebih besar.

“Saham dan waran baharu akan dikeluarkan, sebagai tu­karan kepada saham dan waran Eco World. UEM Sunrise yang lebih besar ini akan mengekalkan status penyenaraian di Bursa Malaysia.

“UEM Group kekal peme­gang saham terbesar dengan 43 pe­ratus ekuiti, manakala peme­gang saham Eco World memiliki 24.2 peratus kepentingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI