fbpx

Wanita maut dipercayai dibunuh kenalan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita ditemui mati dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Taman Mahsuri, Jitra malam tadi.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

JITRA – Angkara cemburu, seorang wanita maut dipercayai dibunuh kenalan lelakinya di sebuah rumah di Taman Mahsuri, Jitra di sini malam tadi.

Mangsa, Siti Nor Sufieza Md. Sharif, 23, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di ruang tamu rumah tersebut oleh seorang rakannya yang baru pulang dari kerja kira-kira pukul 9.45 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata, susulan itu pihaknya menahan seorang lelaki berasal dari Pokok Sena, Alor Setar berusia 22 tahun untuk membantu siasatan.

“Terdapat lebam pada badan mangsa, namun tiada kecederaan atau kesan luka ditemui pada bahagian lain tubuhnya.

“Pemeriksaan mendapati tiada barangan peribadinya yang hilang dan keadaan rumah juga tidak berselerak,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, suspek dibawa ke mahkamah pada hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

“Bedah siasat akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI