fbpx

Sofia Vergara raih RM178.8 juta setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES – Sofia Vergara yang merupakan pelakon sitkom televisyen Amerika Syarikat, Modern Family menduduki senarai teratas sebagai aktres mene­rima bayaran paling tinggi dunia, menurut laporan majalah Forbes.

Vergara yang juga merupakan salah seorang juri program rea­liti America’s Got Talent (AGT) menerima sebanyak AS$43 juta (RM178.8 juta) dalam tempoh 12 bulan lalu, berbentuk gaji dan pengendorsan. Tahun lalu, dia menduduki tangga kedua dalam senarai sama.

Aktres kelahiran Colombia, berumur 48 tahun itu, menerima bayaran AS$500,000 (RM2.07 juta) bagi setiap episod musim akhir Modern Family, yang tamat pada awal tahun ini.

Forbes menganggarkan bahawa pelakon itu mungkin memperoleh ‘sekurang-kurangnya AS$10 juta (RM41 juta) bagi setiap musim AGT’, salah satu rancangan realiti paling popular di Amerika Syarikat.

Pandemik Covid-19 melumpuhkan Hollywood, memaksa kru-kru produksi menghentikan penggambaran dan panggung wayang ditutup. Banyak filem bajet besar terpaksa ditangguh.

Sebilangan besar bintang filem turut memperoleh pendapatan melalui perkongsian keuntungan, bermaksud jika filem tidak ditayangkan, pendapatan mereka turut menyusut.

Pemenang Oscar, Angelina Jo­lie berada di tempat kedua senarai Forbes dengan perolehan AS$35 juta (RM145 juta) setahun.

Senarai pada bulan lalu me­nyaksikan Dwayne Johnson atau The Rock mendahului senarai pelakon lelaki dengan catatan perolehan AS$87.5 juta (RM364 juta). – AFP

Info: 10 aktres raih pendapatan tertinggi

1. Sofia Vergara           – AS$43 juta (RM178.8 juta)
2. Angelina Jolie         – AS$35.5 juta (RM145 juta)
3. Gal Gadot                 – AS$31.5 juta (RM131 juta)
4. Melissa McCarthy  – AS$25 juta (RM103 juta)
5. Meryl Streep            – AS$24 juta (RM99 juta)
6. Emily Blunt             – AS$22.5 juta (RM93 juta)
7. Nicole Kidman        – AS$22 juta (RM91.5 juta)
8. Ellen Pompeo         – AS$19 juta (RM79 juta)
9. Elisabeth Moss       – AS$16 juta (RM66.5 juta)
10. Viola Davis             – AS$15.5 juta (RM64.4 juta)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI