fbpx

Polis tahan lapan lelaki memandu dibawah pengaruh alkohol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota polis memeriksa tahap alkohol pada pemandu kereta dalam operasi yang dijalankan di sekitar Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seramai lapan lelaki ditahan polis kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi kadar ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, mereka ditahan dalam Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di beberapa lokasi di daerah ini bermula 2 hingga awal pagi tadi.

“Operasi ini bertujuan membanteras dan mencegah memandu atau menunggang kenderaan dibawah pengaruh alkohol yang boleh membahayakan keselamatan dan menyebabkan kematian orang lain.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 23 hingga 57 tahun disiasat dibawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, secara keseluruhan seeramai 828 pengguna jalan raya dan 712 buah kenderaan diperiksa oleh pihak polis dalam operasi berkenaan.

Menurut beliau, pihak polis turut mengeluarkan saman terhadap 54 pengguna jalan raya kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dan 22 daripadanya memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen.

Jelas beliau, jika sabit kesalahan oleh mahkamah, mereka yang tiada lesen boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI