fbpx

[KEMASKINI] Celcom sediakan data percuma 6 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Celcom

KUALA LUMPUR- Celcom akan menyediakan data secara percuma selama enam jam kepada penggunanya dengan tidak menolak penggunaan data daripada kuota langganan bermula 6 petang hingga 12 malam ini.

Dalam satu kenyataan, syarikat telekomunikasi itu berkata, ia sebagai token penghargaan atas kesabaran para pelanggan.

Terdahulu, rangkaian itu mengalami insiden teknikal sehingga mengganggu penggunaan panggilan, sistem pesanan ringkas, dan internet di seluruh negara.

“Semua perkhidmatan berjaya dipulihkan secara berkala pukul 6 petang tadi.

“Kami ingin meminta maaf kepada semua pelanggan atas kesulitan yang dialami, memandangkan mereka tidak boleh membuat panggilan dan mengakses internet,” menurut kenyataan itu. -K! ONLINE

Artikel berkaitan : Celcom alami masalah teknikal

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI