fbpx

Perebutan naib juara Liga Super bakal sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL SHARIN

KETUA jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak percaya, perebutan status naib juara Liga Super sangat penting dalam misi memastikan slot bagi kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 dapat diraih.

Kata Aidil, situasi itu boleh memberi tekanan, tetapi para pemain harus fokus untuk mengharungi 90 minit penting menentang Melaka United di Stadium Darul Aman malam esok.

“Melaka sudah pasti tidak akan membiarkan kami me­ngutip mata selepas mereka tewas kepada Sabah minggu lalu dan pasukan perlu pastikan segala strategi dalam usaha merampas kembali kedudukan kedua daripada Perak.

“Bagi saya, kami hanya perlu fokus satu perlawanan ke perlawanan dan tidak perlu terlalu fikir sama ada kita mampu layak ke Piala AFC atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Singapura itu optimis jika pemain mengikut segala arahan taktikal yang cuba diterapkan, enam mata maksimum tidak mustahil untuk diperoleh.

“Seandainya berjaya menang kedua-dua aksi itu, maka pasukan layak ke Piala AFC. Sebab itu saya mahu pemain tenang menghadapi baki saingan menentang Melaka dan Perak nanti.

“Apa yang peting, fokus dan disiplin sangat dititik beratkan dan saya begitu yakin dengan pemain-pemain saya bahawa mereka akan memberikan lebih 100 peratus pada aksi hari Ahad nanti (esok).

“Perlu ingat, kita akan bertemu Perak minggu depan dan mereka mungkin terlebih dahulu keciciran mata apabila bertemu dengan Pahang esok (malam ini) sekali membuka ruang buat pa­sukan Kedah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI