fbpx

Hampir 100 juta tontonan, video Alyssa Dezek tertinggi dalam YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYSSA DEZEK

KUALA LUMPUR – Bukan Sufian Suhaimi, Aiman Tino atau juga Nabila Razali tetapi seorang penyanyi cilik bernama Alyssa Dezek hari memecah rekod sebagai pemilik video muzik dengan jumlah tontonan tertinggi sebanyak 98 juta tontonan dalam YouTube.

Alyssa, 12, meraih catatan tersebut menerusi menerusi video muziknya bertajuk, Lagu Untuk Kamu.

Video muzik Alyssa Dezek berjudul Lagu Untuk Kamu mengalahkan populariti Di Matamu oleh Sufian Suhaimi.

“Alhamdulillah, 98 juta tontonan di YouTube Lagu Untuk Kamu. Terima kasih kepada semua orang yang menyokong Alyssa,” tulis Alyssa melalui satu perkongsian dalam Instagram.

Pada masa sama, akaun YouTube Alyssa kini mengumpul 3.56 juta pengikut, sekali gus menduduki senarai 10 teratas akaun YouTube paling ramai pengikut di Malaysia.

Sebelum ini, video muzik Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi mencatat jumlah tontonan tertinggi bagi kategori lagu Melayu dan artis tempatan dalam saluran YouTube. Video tersebut kini memiliki 72 juta tontonan.

Untuk rekod, akaun YouTube paling ramai pengikut di Malaysia ialah Les Copaque Production dengan 11.8 juta, diikuti Monsta (6.25 juta), PlataBush (4.96 juta), Didi & Friends – Lagu Kanak-Kanak (4.38 juta) dan TV3MALAYSIA Official (4.03 juta).

Alyssa yang berada di tangga kelapan dengan jumlah 3.56 juta pengikut merupakan YouTuber tempatan paling ramai pengikut bagi kategori akaun persendirian.

Les’ Copaque Production merupakan saluran YouTube paling popular di Malaysia dengan jumlah tontonan untuk keseluruhan video dianggarkan lebih 3.4 bilion tontonan, manakala video Upin & Ipin Mengaji – Alif Ba Ta pula menjadi video tempatan paling banyak tontonan dengan 216 juta tontonan dalam YouTube. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI