fbpx

Ahli perniagaan rugi lebih RM300,000 ditipu tawaran projek PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Omar Bakhtiar.

Oleh SHAARANI ISMAIL

KUALA KANGSAR – Dua ahli perniagaan kerugian lebih RM300,000 selepas ditipu sindiket bagi membekalkan air mineral kepada petugas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kedua-dua mereka ditawarkan sindiket berkenaan untuk membekalkan sebanyak 20,000 kotak minuman mineral.

Katanya, mangsa menyedari ditipu selepas tidak menerima hasil daripada projek tersebut selain panggilan yang dibuat disekat oleh sindiket berkenaan.

“Seorang daripada mangsa yang juga lelaki berusia 54 tahun menerima tawaran menerusi panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Kementerian Dalam Negeri Putrajaya pada 2 September lalu.

“Mangsa kemudiannya mengajak rakannya berusia 40 tahun untuk melabur sama dalam projek berkenaan sebelum mendepositkan wang berjumlah RM50,000 sebagai cagaran pada 21 September lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di sini hari ini.

Omar Bakhtiar berkata, mangsa menerima tawaran berkenaan selepas dijanjikan akan menerima pembayaran dalam tempoh yang singkat tanpa melalui banyak prosedur.

Katanya, modus operandi sindiket itu diyakinkan dengan mangsa mengurus sendiri projek berkenaan serta membeli 20,000 kotak air di Kota Kinabalu.

“Mangsa telah membelanjakan RM288,000 bagi pembelian air itu dan menyerahkan kesemua kotak air kepada seorang lelaki yang dipercayai ahli sindiket sebelum diedarkan ke 34 kawasan yang disenaraikan,” katanya.

Omar Bakhtiar berkata, menyedari ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, susulan laporan itu, Bahagian Risikan dan Operasi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah membuat tangkapan dipercayai ahli sindiket berkenaan.

“Sindiket yang menyamar sebagai penjawat awam menggunakan taktik sama menawarkan projek kerajaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI