fbpx

Snacklicious Corner rancak industri snek, makanan ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Butik vendor terbesar di Perak, Gondola31 mengorak langkah melebarkan sayapnya dengan melancarkan Snacklicious Corner bagi merancakkan lagi industri snek dan makanan ringan di negeri ini.

Pengasas syarikat, Nizam Baharudin berkata, butik vendor yang telah bertapak selama lima tahun itu sebelum ini memberi peluang kepada pencinta fesyen menawarkan koleksi pakaian, kasut dan aksesori masing-ma­sing di bawah satu bumbung.

 

 

“Gondola31 kini menawarkan peluang kepada pengusaha snek dan makanan ringan untuk menempatkan snek mereka yang akan dijual pada harga berpatutan untuk dinikmati seisi keluarga.

“Ruang istimewa yang beroperasi di aras satu di butik ini menawarkan lebih 32 variasi snek lazat keluaran 12 usahawan kecil dan sederhana (IKS) tempatan khususnya sekitar negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Snacklicious Corner di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Kelab Usahawan Bandar Meru Raya Perak, Nassry Mardee Ismail dan rakan kongsi Gondola31, Norazura Md. Posdzi.

Nizam menjelaskan, idea tersebut tercetus selepas melihat kegilaan masyarakat yang begitu cenderung membeli produk makanan termasuk snek terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

 

“Sebagai pelopor yang menyediakan platform kepada kelompok usahawan memasarkan produk fesyen di Perak, pihak Gondola31 juga terpanggil untuk menerapkan konsep sama bagi menyokong industri snek dan makanan ringan.

“Selain kerepek ubi, kerepek bawang dan rempeyek, Snacklicious Corner juga menawarkan sambal cheese Korea, tart Cadburry, biskut kelapa legend, salmon skin dan kerepek kentang berperisa termasuk kuih gunting, dodol, peneram, cookies leleh dan popcorn,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI