fbpx

Kawanan burung kakaktua kuat mencarut diasingkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sekawan burung kakaktua di sebuah zoo terpaksa diasingkan kerana didapati gemar mencarut kepada pengunjung di Taman Hidupan Liar Lincolnshire, bandar Friskney di Lincolnshire, England baru-baru ini, lapor Mirror UK.

Ketua Pegawai Eksekutif zoo berkenaan, Steve Nichols berkata, sebanyak lima ekor burung kakaktua jenis Afrika kelabu itu diterima pada 15 Ogos lalu dan dikuarantin di dalam satu bilik sama.

Lima burung kakaktua itu, masing-masing bernama Billy, Eric, Tyson, Jade, dan Elsie tiba untuk ditempatkan bersama satu kawanan besar 200 ekor burung kakaktua lain di Taman Hidupan Liar Lincolnshire.

“Kawanan burung itu dipercayai tiada aktiviti semasa dikuarantin dan oleh itu, burung itu saling mencarut antara satu sama lain.

“Kita lazimnya akan ketawa apabila terdengar burung mencarut dan ini mendorong kawanan burung untuk terus menge­luarkan kata-kata kesat,” jelasnya.

Nichols berkata, ada yang menganggap keadaan itu sebagai melucukan tetapi pihaknya bimbang kawanan burung itu akan berkelakuan sedemikian di hadapan pengunjung muda atau kanak-kanak.

“Kami tidak nafikan kelakuan burung itu agak melucukan, malah pengunjung juga tiada masalah dengan perkara itu.

“Bagaimanapun, kami tetap bimbang burung kakaktua ini akan mencarut di hadapan kanak-kanak,” ujarnya.

Kawanan burung kakak tua itu dimasukkan semula ke dalam bilik pengasingan selepas 20 minit dipamerkan kepada umum.

“Ini bukan kejadian kali pertama, sebaliknya sepanjang 25 tahun bekerja di sini, ada sahaja burung kakaktua yang diimport mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI