fbpx

Pokok ketum di Felda Mata Ayer ditebang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surina (tiga dari kanan) menebang pokok ketum di Felda Mata Ayer, Padang Besar hari ini.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

PADANG BESAR – Polis Perlis dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Galian (JTG) hari ini memulakan operasi menebang pokok ketum di negeri ini yang dilaksanakan di bawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960.

Operasi bersepadu yang dilakukan di Felda Mata Ayer di sini kira-kira pukul 10 pagi ini
turut melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, penebangan pokok ketum itu akan diteruskan ke kawasan Felda lain di negeri ini dengan melibatkan jumlah keseluruhan kira-kira 2,000 pokok dalam tempoh sebulan.

Kata beliau, Akta GSA tersebut boleh digunakan kerana ia melibatkan perjanjian antara peneroka dengan pihak Felda dan Akta Tanah Negara.

“Sebelum ini, saya sudah minta mereka menebang pokok-pokok itu tetapi mereka hanya potong separuh sahaja yang mana pokok ini akan menjadi bercambah lebih besar.

“Jadi yang mana potong separuh itu kami akan meletakkan racun pada batang pokok,” katanya ketika ditemui pada operasi tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, penebangan pokok tersebut dijangka dapat mengurangkan kegiatan penyeludupan daun ketum di negeri ini sehingga 40 peratus.

“Jadi bila diperluaskan ke negeri-negeri lain, penawaran ketum itu akan berkurangan. Buat masa ini, Perlis yang pertama membuat operasi tebang pokok ketum dan diharapkan negeri-negeri lain pun akan mengambil tindakan sama,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI