fbpx

Pengasuh warga Indonesia didakwa cuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pengasuh warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki awal bulan ini.

Bagaimanapun tertuduh Nurul Fithroh Maulidiyah, 23, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang pengasuh telah dengan cuai sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dua bulan mengalami kecederaan lebam di dahi kanan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Desa Pandan di sini pukul 1 petang pada 5 September lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen dan akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh merupakan warga asing.

Namun peguam Nur Fazrin Ahmad yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan dengan alasan tertuduh menanggung keluarganya di kampung serta seorang ibu yang mengidap penyakit darah tinggi.

“Hari ini dua penjamin warga tempatan telah hadir ke mahkamah untuk menjamin anak guam saya. Mereka adalah pasangan suami isteri yang merupakan kenalan kepada anak guam saya,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Emilia kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan dua orang penjamin warga Malaysia selain syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh juga diarah melapor diri setiap 15 haribulan setiap bulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan semula kes.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI