fbpx

NGO gesa kerajaan negeri bertindak terhadap penceroboh hutan simpan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tinjauan Kuasa di Hutan Simpan Gunung Besout mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab menanam pokok kelapa sawit sehingga ke tebing Sungai Bernam yang bersempadan dengan negeri Selangor.

SLIM RIVER – Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) menggesa kerajaan negeri segera mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas selepas lebih 15 tahun Hutan Simpan Gunung Besout diteroka secara haram oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pegawai Lapangan Kuasa, Taufik Salleh berkata, kira-kira 200 hektar kawasan telah diteroka secara haram di sebahagian Hutan Simpan Gunung Besout itu dengan sebahagian besarnya ditanam dengan pokok kelapa sawit dan buah-buahan.

“Kegiatan penerokaan haram di sebahagian Hutan Simpan Gunung Besout itu telah memusnahkan litupan dan fungsi kepelbagaian hayat hutan serta memberi kesan kepada pencapaian pengurusan secara berkekalan.

“Kawasan yang diteroka secara haram itu perlulah dikekalkan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) di samping ia perlu dipulihara semula di bawah program restorasi atau pemuliharaan kawasan terosot seperti yang dilaksanakan Jabatan Perhutanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Taufik, pemerhatian yang dilakukan pihaknya mendapati Hutan Simpan Gunung Besout telah dieksploitasi dari masa ke masa sejak ia digazetkan pada 21 November 1913.

“Antara eksploitasi terhadap Hutan Simpan Gunung Besout termasuklah bagi tujuan pelaksanaan pembangunan ladang monokultur atau ladang hutan dan sebahagian daripadanya telah dimansuhkan.

“Oleh itu, Kuasa berharap pihak berkuasa dan kerajaan negeri dapat memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya agar Hutan Simpan Gunung Besout tetap kekal terpelihara daripada anasir penerokaan haram,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI