fbpx
MESEJ dan seruan Hari Keamanan Sedunia dipancarkan kepada ribuan pengunjung di Pavilion, Bukit Bintang baru-baru ini.

Mesej Hari Keamanan Sedunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR  – Sempena Hari Keamanan Sedunia pada 21 September lalu, Lipton dan Peace One Day telah bergabung dalam usaha memberi inspirasi kepada dunia menjadikan waktu santai, minum the sebagai waktu keamanan.

Bertemakan ‘Make Tea Time Peace Time’, kedua-dua organisasi ini mengilhamkan suatu detik perpaduan global di mana menara jam dan mercu tanda ikonik di seluruh dunia akan diambil alih dan disinari dengan mesej yang menyeru masyarakat untuk berkomunikasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pepsi Lipton, Marc Schroeder, hari keamanan tahun ini lebih penting berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pihaknya percaya keamanan dapat disebarkan apabila masyarakat membentuk hubungan yang erat dan tiada yang lebih bermakna selain daripada meluangkan masa untuk berkomunikasi, memahami dan berkongsi antara satu sama lain.

“Kami yakin dengan meluangkan 15 minit sehari, usaha menjalinkan hubungan yang berkualiti akan membuatkan orang ramai berasa lebih gembira dan positif. Waktu santai atau sinonim dengan masa minum teh adalah satu titik pertemuan yang spontan untuk orang ramai meluangkan masa bersama-sama, dan Lipton kini dalam misi untuk menggalakkan masa minum teh di seluruh dunia sebagai waktu untuk kita memahami dan berdamai antara satu sama lain.

“Hubungan erat sememangnya adalah kekuatan dan asas untuk keamanan dan kami berharap kerjasama dengan Peace One Day dapat memberi inspirasi kepada masyarakat seluruh dunia untuk meluangkan masa untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan memupuk keamanan pada hari ini,” ujarnya.

Mesej positif itu yang disebarkan ke seluruh dunia dilihat penting lebih-lebih lagi dalam situasi yang dihadapi hari ini.

Merentasi lapan zon masa, bermula dari Sydney, Australia; ke Kuala Lumpur, Malaysia; melintasi Dubai, UAE; menjangkaui benua Eropah – London, Paris, Brussels, Berlin, Rotterdam dan Amsterdam; terus menyeberang ke Amerika Selatan di Mexico, Guatemala dan Brazil, Lipton tekad mengajurkan sesi komunikasi 15 minit setiap hari untuk membuatkan orang ramai berasa lebih gembira dan postitif.

Lipton percaya keamanan akan terbentuk apabila masyarakat menjalinkan hubungan yang lebih erat dan untuk itu masyarakat diseru untuk terus berhubung bersama sendiri dan juga dengan orang yang tersayang.

Di Kuala Lumpur, mesej dan seruan tersebut dipancarkan di Pavilion, Bukit Bintang dan ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran Janna Nick dan Deborah Henry.

Selain menggalakkan komuniti mengamalkan ‘Make Tea Time Peace Time’, mereka turut berkongsi memori peribadi berdamai dengan seseorang yang membawa kesan positif dalam kehidupan masing-masing.