fbpx

Malaysia tunggu penetapan SOP Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kanan) beramah mesra dengan peserta pada Majlis Penutup Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 di Hotel Movenpick, Sepang, hari ini.

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Malaysia sedang menunggu surat rasmi daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berhubung penetapan prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan ibadah umrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, buat masa ini, pihaknya sedang meneliti sebahagian SOP Arab Saudi dalam pelaksanaan ibadah itu yang membabitkan penginapan dan pengangkutan.

Beliau berkata, antara SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi termasuklah penetapan bilangan jumlah jemaah dalam penerbangan, dalam bilik penginapan, dalam bas dan lain-lain.

“Kerajaan sehingga kini masih menunggu keputusan namun pada masa sama, kita berbincang dan melihat beberapa perkara yang perlu diperhalusi berkenaan dengan penetapan SOP tersebut.

“Bukan di sana (Arab Saudi) sahaja menetapkan SOP, tetapi kita juga perlu ada SOP dalam keadaan pandemik Covid19 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 di Hotel Movenpick di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI