fbpx

Lelaki menyamar polis ditahan memiliki pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan dirampas pihak polis

PETALING JAYA – Kegiatan seorang lelaki tempatan menyamar sebagai pegawai kanan polis untuk memperdaya orang awam kononya mampu menyelesaikan saman trafik tidak bertahan lama selepas dia diberkas di sebuah restoran di Damansara Damai di sini awal pagi tadi.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 pagi selepas pihak polis menerima laporan daripada pengadu yang menjadi mangsa penipuan suspek pada pukul 12.45 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek menyamar sebagai pegawai kanan polis Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Bukit Aman untuk memperdayakan mangsa.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa menghubung suspek pada Rabu lalu untuk urusan pembayaran saman Jabatan Pengangkutan Jalan dan trafik sebelum melakukan transaksi pemindahan RM100 ke akaun milik suspek.

“Namun, pada keesokan hari, mangsa berjumpa dengan suspek di sebuah restoran di Damansara Damai sebelum diminta melakukan transaksi berjumlah RM800 ke akaun yang sama.

“Dalam perjumpaan tersebut mangsa lihat satu objek seakan pistol terselit dipinggang suspek seolah-olah sengaja ditunjukkan sebelum suspek memberitahu pernah melepaskan tembak sekali gus menyebabkan mangsa takut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya lagi, bertindak atas maklumat itu, pihak polis melakukan tangkapan ke atas suspek sebelum merampas satu objek menyerupai pistol.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI