fbpx

Kontrak Datuk Bandar KL, Presiden PPj tamat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan kontrak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham A. Dahlan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr. Aminuddin Hassim tamat hari ini.

Beliau dalam satu ciapan di Twitternya berkata, pelantikan baharu atau pembaharuan kontrak akan dilakukan segera selepas melalui prosedur yang ditetapkan.

“Mereka telah berkhidmat dengan cemerlang. Pelantikan baharu atau pembaharuan kontrak (jika ada) perlu melalui prosedur yang tertentu. Ia akan di segerakan,” katanya.

Nor Hisham yang sebelum ini Presiden Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Aminuddin dilantik ke jawatan masing-masing pada Oktober 2018.

Baru-baru ini berlaku kontroversi antara beliau dengan Annuar apabila Jalan Raja Laut 1 ditukar nama kepada Jalan Palestin

Terdahulu, Annuar di Twitternya menyebut, Jawatankuasa Menamakan Jalan jalan Wilayah Persekutuan boleh mengkaji memperkemaskan nama nama jalan yang boleh mencerminkan jati diri sejarah dan perjuangan negara.

“Bahasa Kebangsaan (ditulis rumi) adalah satu kemestian. Jawi satu pilihan yang boleh digalakkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI