fbpx

Kolej Islam As Sofa kendali peperiksaan pelajar Universiti Mohammed V

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kolej Islam As Sofa (KIS) mendapat kepercayaan Universiti Mohammed V (UMV), Rabat, Maghribi bagi mengendalikan peperiksaan akhir pelajarnya di Malaysia.

Ketua Eksekutif KIS, Mohd. Sufi Ibrahim berkata, seramai 20 pelajar Malaysia di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang masih berada di tanah air berikutan pandemik Covid-19 terlibat dalam peperiksaan itu.

“KIS menjadi wakil tunggal pusat peperiksaan akhir bagi pelajar Malaysia oleh UMV.

“Pelantikan itu disampaikan oleh Dekan Fakulti Sastera dan Sains Kemanusiaan UMV, Prof. Dr. Jamaludin al Hani melalui surat rasmi kepada pihak KIS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Sufi berkata, KIS melahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang telah diberikan oleh UMV bagi menyelia urusan peperiksaan akhir pelajar terbabit.

Menurut beliau, KIS mempunyai hubungan baik dengan UMV sejak tahun 2012 melalui memorandum perjanjian (MoA) yang dimeterai bagi mendapatkan kouta khas pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian ke Maghribi.

Jelas beliau, selain Maghribi, KIS turut menyediakan laluan melanjutkan pelajaran bagi pelajar lepasan diploma di KIS ke universiti luar negara termasuk Tunisia, Sudan dan Indonesia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI