fbpx

Dua ular sawa ditangkap di Taman Botanik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Klang menangkap ular sawa batik di kawasan rumah seorang penduduk di Taman Botanik, Klang, semalam.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Ketangkasan Anggota Pertahanan Awam ( APM) berjaya menyelesaikan kehadiran dua ekor ular sawa batik sepanjang kira-kira tiga meter dalam tempoh kurang sejam di sekitar Taman Botanik di sini semalam.

Kedua-dua reptilia seberat 10 kilogram ditangkap hasil aduan orang ramai selepas ular tersebut muncul di kawasan taman tasik dan kawasan perumahan.

Ketua Sektor Operasi APM Klang, Leftenan (PA) Muhammad Najib Mohamad Isahak berkata, seramai lima anggota bergegas ke lokasi pertama di tasik taman berkenaan, kira-kira pukul 8.42 pagi.

“Pemeriksaan mendapati ular tersebut sedang menjalar di sebatang pokok sebelum terjatuh ke dalam tasik.

“Kita mengambil masa 30 minit bagi menangkap ular tersebut menggunakan penjerut khas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menambah, pihaknya kemudiannya menerima satu lagi panggilan kehadiran ular yang sama dengan jaraknya hanya 300 meter dari taman tasik tersebut.

Ujarnya, reptilia itu didapati berada di dalam longkang hadapan sebuah kediaman sebelum ditangkap pihaknya dalam tempoh 20 minit.

“Ular berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI